Himpunan bacaan wirid dan doa selepas solat fardhu
mengikut amalan al-Awrad al-Qusyasyiyyah
yang masyhur di Nusantara
Edisi Pratonton
Istighfar ialah bacaan memohon keampunan daripada Allah SWT. Ia dibaca sejurus selepas memberi salam solat fardhu sebanyak tiga kali. Istighfar merupakan langkah pertama dalam wirid selepas solat, menandakan keinsafan hamba atas segala kekurangan dalam ibadahnya.
Bilangan: 3x
Arab:
أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ الْعَظِيمَ، الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Rumi: Astagfirullahal-‘Adzim, Allazi La Ilaha Illa Huwal-Hayyul-Qayyum, Wa Atubu Ilaih
Maksud: Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia, Yang Hidup lagi sentiasa berkuasa, dan aku bertaubat kepadaNya.
Sumber: Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi; al-Awrad al-Qusyasyiyyah sebagaimana dalam Hidayah as-Salikin oleh Syaikh Abdus Samad al-Falimbangi. https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Selepas istighfar, dibaca beberapa zikir pembuka yang merangkumi pengakuan tauhid, permohonan dijauhkan daripada azab neraka, dan doa memohon keselamatan. Zikir-zikir ini dibaca sebelum bacaan ayat-ayat al-Quran.
Bilangan: 3x
Arab:
لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Rumi: La Ilaha Illallahu Wahdahu La Syarika Lahu, Lahul-Mulku Wa Lahul-Hamdu, Yuhyi Wa Yumitu Wa Huwa ‘Ala Kulli Syai-in Qadir
Maksud: Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya. BagiNya seluruh kekuasaan dan segala kepujian. Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang amat berkuasa atas segala sesuatu.
Sumber: Riwayat al-Bukhari dan Muslim; https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 3x (7x selepas Solat Subuh dan Maghrib)
Arab:
اللّٰهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
Rumi: Allahumma Ajirna Minan-Nar
Maksud: Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab api neraka.
Nota: Jika solat sendirian, gantikan “Ajirna” (kami) dengan “Ajirni” (aku): Allahumma Ajirni Minan-Nar.
Sumber: Riwayat Abu Daud, daripada Muslim bin al-Haris at-Tamimi; https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 1x
Arab:
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ، وَإِلَيْكَ يَعُودُ السَّلَامُ، فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَام، وَأَدْخِلْنَا الْـجَنَّةَ دَارَ السَّلَامِ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَاذَا الْـجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Rumi: Allahumma Antas-Salam, Wa Minkas-Salam, Wa Ilaika Ya’udus-Salam, Fahayyina Rabbana Bis-Salam, Wa Adkhilnal-Jannata Daras-Salam, Tabarakta Rabbana Wa Ta’alaita Ya Dzal-Jalali Wal-Ikram
Maksud: Ya Allah, Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan itu. Oleh yang demikian, hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkanlah kami ke syurga, negara yang aman sejahtera. Bertambah-tambahlah berkatMu, ya Allah Tuhan kami, dan Maha Tinggi Engkau, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan.
Sumber: Riwayat Muslim, daripada ‘Aisyah RA; https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Selepas zikir pembuka, dimulakan bacaan ayat-ayat al-Quran dengan membaca Ta’awuz (memohon perlindungan daripada syaitan) diikuti Surah al-Fatihah. Al-Fatihah dibaca sebagai pembuka kepada bacaan ayat-ayat al-Quran dalam wirid.
Bilangan: 1x
Arab:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Rumi: A’uzubillahi Minasy-Syaitanir-Rajim
Maksud: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Sumber: https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 1x
Arab:
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Rumi: Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbil-‘Alamin. Ar-Rahmanir-Rahim. Maliki Yaumid-Din. Iyyaka Na’budu Wa Iyyaka Nasta’in. Ihdinas-Siratal-Mustaqim. Siratallazina An’amta ‘Alaihim, Ghairil-Maghdubi ‘Alaihim Wa Lad-Dallin.
Maksud: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari pembalasan. Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Sumber: Al-Quran, Surah Al-Fatihah (1:1-7); https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Ayat Kursi ialah ayat ke-255 daripada Surah al-Baqarah. Ia merupakan ayat yang paling agung dalam al-Quran dan amat digalakkan dibaca selepas setiap solat fardhu. Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang membaca Ayat Kursi selepas setiap solat fardhu, tidak ada yang menghalangnya daripada memasuki syurga melainkan kematian.
Bilangan: 1x
Arab:
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ
Rumi: Allahu La Ilaha Illa Huwal-Hayyul-Qayyum. La Ta’khuzuhu Sinatuw Wa La Naum. Lahu Ma Fis-Samawati Wa Ma Fil-Ard. Man Zallazi Yasyfa’u ‘Indahu Illa Bi-iznih. Ya’lamu Ma Baina Aidihim Wa Ma Khalfahum. Wa La Yuhituna Bisyai-im Min ‘Ilmihi Illa Bima Sya’. Wasi’a Kursiyyuhus-Samawati Wal-Ard. Wa La Ya-uduhu Hifzuhuma. Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Azim.
Maksud: Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepadaNya menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Hadis: Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca Ayat al-Kursi setiap selepas solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, 7532; al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra, 9848; dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)
Sumber: Al-Quran, Surah Al-Baqarah (2:255); https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1446-irsyad-al-hadith-siri-ke-136-kelebihan-membaca-ayat-al-kursi
Dalam wirid versi penuh (lazimnya dibaca selepas Solat Subuh dan Maghrib), beberapa ayat al-Quran tambahan dibaca selepas Surah al-Fatihah dan sebelum Ayat Kursi. Ayat-ayat ini diambil daripada Surah al-Baqarah dan Surah Ali ‘Imran. Bagi wirid ringkas (Zuhur, Asar, Isyak), bahagian ini boleh ditinggalkan.
Bilangan: 1x
Arab:
وَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ
Rumi: Wa Ilahukum Ilahuw Wahid, La Ilaha Illa Huwar-Rahmanur-Rahim
Maksud: Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Sumber: Al-Quran, Surah Al-Baqarah (2:163); https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 1x
Arab:
لِّلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَإِن تُبۡدُواْ مَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ أَوۡ تُخۡفُوهُ يُحَاسِبۡكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ
Rumi: Lillahi Ma Fis-Samawati Wa Ma Fil-Ard. Wa In Tubdu Ma Fi Anfusikum Au Tukhfuhu Yuhasibkum Bihillah. Fa Yaghfiru Liman Yasya-u Wa Yu’azzibu Man Yasya’. Wallahu ‘Ala Kulli Syai-in Qadir.
Maksud: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu ataupun kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Sumber: Al-Quran, Surah Al-Baqarah (2:284); https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 1x
Arab:
ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ
Rumi: Amanar-Rasulu Bima Unzila Ilaihi Mir-Rabbihi Wal-Mu’minun. Kullun Amana Billahi Wa Mala-ikatihi Wa Kutubihi Wa Rusulihi, La Nufarriqu Baina Ahadim Mir-Rusulih. Wa Qalu Sami’na Wa Ata’na, Ghufranaka Rabbana Wa Ilaikal-Masir.
Maksud: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. Mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami, wahai Tuhan kami, dan kepadaMu lah tempat kembali.”
Sumber: Al-Quran, Surah Al-Baqarah (2:285); https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 1x
Arab:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ
Rumi: La Yukallifullahu Nafsan Illa Wus’aha. Laha Ma Kasabat Wa ‘Alaiha Maktasabat. Rabbana La Tu-akhizna In Nasina Au Akhta’na. Rabbana Wa La Tahmil ‘Alaina Isran Kama Hamaltahu ‘Alallazina Min Qablina. Rabbana Wa La Tuhammilna Ma La Taqata Lana Bih. Wa’fu ‘Anna, Waghfir Lana, Warhamna. Anta Maulana Fansurna ‘Alal-Qaumil-Kafirin.
Maksud: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami, ampunkanlah dosa kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
Sumber: Al-Quran, Surah Al-Baqarah (2:286); https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 1x
Arab:
شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآئِمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
Rumi: Syahidallahu Annahu La Ilaha Illa Huwa Wal-Mala-ikatu Wa Ulul-‘Ilmi Qa-imam Bil-Qist. La Ilaha Illa Huwal-‘Azizul-Hakim.
Maksud: Allah menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu turut menyaksikan yang demikian, dengan berlaku adil. Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Sumber: Al-Quran, Surah Ali ‘Imran (3:18); https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 1x
Arab:
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَٰمُۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ
Rumi: Innad-Dina ‘Indallahil-Islam. Wa Makhtalafallazina Utul-Kitaba Illa Mim Ba’di Ma Ja-ahumul-‘Ilmu Baghyam Bainahum. Wa Man Yakfur Bi-ayatillahi Fa Innallaha Sari’ul-Hisab.
Maksud: Sesungguhnya agama yang diredai di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang yang diberikan Kitab tidak berselisih melainkan setelah datang kepada mereka ilmu pengetahuan, kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan sesiapa yang kufur akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat cepat hitunganNya.
Sumber: Al-Quran, Surah Ali ‘Imran (3:19); https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 1x
Arab:
قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ
Rumi: Qulillahumma Malikal-Mulki Tu’til-Mulka Man Tasya-u Wa Tanzi’ul-Mulka Mimman Tasya-u Wa Tu’izzu Man Tasya-u Wa Tuzillu Man Tasya’. Biyadikal-Khair. Innaka ‘Ala Kulli Syai-in Qadir.
Maksud: Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkau berikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tanganMu jualah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Sumber: Al-Quran, Surah Ali ‘Imran (3:26); https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 1x
Arab:
تُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِي ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِي ٱلَّيۡلِۖ وَتُخۡرِجُ ٱلۡحَيَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَتُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَيِّۖ وَتَرۡزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٖ
Rumi: Tulijul-Laila Fin-Nahari Wa Tulijun-Nahara Fil-Lail. Wa Tukhrijul-Hayya Minal-Mayyiti Wa Tukhrijul-Mayyita Minal-Hayy. Wa Tarzuqu Man Tasya-u Bighairi Hisab.
Maksud: Engkau masukkan malam ke dalam siang, dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup. Dan Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tidak terkira.
Sumber: Al-Quran, Surah Ali ‘Imran (3:27); https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Tiga surah terakhir al-Quran ini lazim dibaca dalam wirid selepas solat. Surah al-Ikhlas menegaskan keesaan Allah, manakala Surah al-Falaq dan an-Nas (dikenali sebagai al-Mu’awwizatain) merupakan surah perlindungan daripada segala kejahatan. Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas, seolah-olah dia telah membaca sepertiga al-Quran.
Bilangan: 1x
Arab:
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
Rumi: Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Qul Huwallahu Ahad. Allahus-Samad. Lam Yalid Wa Lam Yulad. Wa Lam Yakul Lahu Kufuwan Ahad.
Maksud: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya.”
Sumber: Al-Quran, Surah Al-Ikhlas (112:1-4); https://akuislam.com/quran/surah-al-ikhlas-rumi/
Bilangan: 1x
Arab:
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ٤ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥
Rumi: Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Qul A’uzubirabbil-Falaq. Min Syarri Ma Khalaq. Wa Min Syarri Ghasiqin Iza Waqab. Wa Min Syarrin-Naffasati Fil-‘Uqad. Wa Min Syarri Hasidin Iza Hasad.
Maksud: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, daripada bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan, dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk, dan daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus pada simpulan-simpulan, dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
Sumber: Al-Quran, Surah Al-Falaq (113:1-5); https://akuislam.com/quran/surah-al-falaq-rumi/
Bilangan: 1x
Arab:
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦
Rumi: Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Qul A’uzubirabbin-Nas. Malikin-Nas. Ilahin-Nas. Min Syarril-Waswaasil-Khannas. Allazi Yuwaswisu Fi Sudurin-Nas. Minal Jinnati Wan-Nas.
Maksud: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan sekalian manusia, Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, daripada kalangan jin dan manusia.”
Sumber: Al-Quran, Surah An-Nas (114:1-6); https://akuislam.com/quran/surah-an-nas-rumi/
Tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah) dan Takbir (Allahu Akbar) dibaca masing-masing sebanyak 33 kali, menjadikan jumlah keseluruhan 99 kali. Ia kemudian dilengkapkan dengan kalimah tauhid untuk menggenapkan 100. Dalam amalan al-Awrad al-Qusyasyiyyah yang lazim di Malaysia, setiap set tasbih, tahmid dan takbir didahului dengan bacaan pengantar.
Bilangan: 1x
Arab:
إِلَـٰهِى يَا رَبِّـى ــ سُبْحَانَ اللَّهِ
Rumi: Ilahi Ya Rabbi — Subhanallah
Maksud: Tuhanku, ya Tuhanku — Maha Suci Allah
Nota: Jika menjadi imam, baca: Ilahana Ya Rabbana — Subhanallah (إِلَـٰهَنَا يَا رَبَّنَا ــ سُبْحَانَ اللَّهِ)
Sumber: Al-Awrad al-Qusyasyiyyah; https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 33x
Arab:
سُبْحَانَ اللّٰهِ
Rumi: Subhanallah
Maksud: Maha Suci Allah.
Sumber: Riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah RA; https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 1x
Arab:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِـحَمْدِهِ دَآئِمًا قَائِمًا أَبَدًا ـــ اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ
Rumi: Subhanallahi Wa Bihamdihi Da-iman Qa-iman Abada — Alhamdulillah
Maksud: Maha Suci Allah dan dengan pujianNya, selama-lamanya, berterusan, selamanya — Segala puji bagi Allah.
Sumber: Al-Awrad al-Qusyasyiyyah; https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 33x
Arab:
اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ
Rumi: Alhamdulillah
Maksud: Segala puji bagi Allah.
Sumber: Riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah RA; https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 1x
Arab:
اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَـمِينَ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ ــ اَللَّهُ أَكْبَرُ
Rumi: Alhamdulillahi Rabbil-‘Alamina ‘Ala Kulli Halin Wa Ni’matin — Allahu Akbar
Maksud: Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, atas setiap keadaan dan nikmat — Allah Maha Besar.
Sumber: Al-Awrad al-Qusyasyiyyah; https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 33x
Arab:
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Rumi: Allahu Akbar
Maksud: Allah Maha Besar.
Sumber: Riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah RA; https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Bilangan: 1x
Arab:
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلًا. لَا إِلـٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَإِلَيْهِ الْمَصِيْرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيْمَ
Rumi: Allahu Akbar Kabiraw Wal-Hamdu Lillahi Kathiraw Wa Subhanallahi Bukrataw Wa Asila. La Ilaha Illallahu Wahdahu La Syarika Lah, Lahul-Mulku Wa Lahul-Hamdu Yuhyi Wa Yumitu Wa Huwa ‘Ala Kulli Syai-in Qadir Wa Ilaihil-Masir. Wa La Hawla Wa La Quwwata Illa Billahil-‘Aliyyil-‘Azim, Astaghfirullahal-‘Azim.
Maksud: Allah Maha Besar dengan sebesar-besarnya. Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak. Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya seluruh kerajaan dan segala pujian. Dia menghidupkan dan mematikan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu dan kepadaNya tempat kembali. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Agung.
Sumber: Al-Awrad al-Qusyasyiyyah; https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Selepas pelengkap tasbih, tahmid dan takbir, wirid ditutup dengan beberapa kalimah sebelum mengangkat tangan untuk berdoa. Kalimah-kalimah ini merangkumi pengakuan ketiadaan daya melainkan dengan izin Allah dan permohonan berkat serta perlindunganNya.
Bilangan: 1x
Arab:
اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا رَادَّ لِمَا قَضَيْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
Rumi: Allahumma La Mani’a Lima A’thait, Wa La Mu’thiya Lima Mana’ta, Wa La Radda Lima Qadhait, Wa La Yanfa’u Dzal-Jaddi Minkal-Jadd.
Maksud: Ya Allah, tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi apa yang Engkau halangkan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menolak apa yang Engkau putuskan, dan tidak memberi manfaat kemuliaan kepada pemiliknya. DaripadaMu jualah datangnya segala kemuliaan.
Sumber: Riwayat al-Bukhari dan Muslim; https://akuislam.com/panduan/wirid-doa-ringkas-selepas-solat/
Bilangan: 1x
Arab:
اللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Rumi: Allahumma A’inna ‘Ala Zikrika Wa Syukrika Wa Husni ‘Ibadatik
Maksud: Ya Allah, bantulah kami untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu, dan memperelokkan ibadat kami terhadapMu.
Nota: Jika solat sendirian, gantikan “A’inna” (kami) dengan “A’inni” (aku).
Hadis: Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz bin Jabal: “Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini.” (Riwayat Ahmad, 22119; Abu Daud, 1524; al-Nasa’ie, Sunan al-Kubra, 9937. Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah)
Sumber: https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/2049-9
Bilangan: 1x
Sebelum memulakan doa, dibaca ayat al-Quran yang menggalakkan berdoa:
Arab:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡ
Rumi: Wa Qala Rabbukumud-‘Uni Astajib Lakum
Maksud: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan doa permohonan kamu.”
Sumber: Al-Quran, Surah Ghafir (40:60); https://akuislam.com/panduan/wirid-doa-ringkas-selepas-solat/
Doa selepas solat dibaca selepas selesai wirid, dengan mengangkat kedua-dua tangan. Terdapat beberapa versi doa yang lazim dibaca di masjid-masjid di Malaysia. Berikut adalah doa-doa utama yang biasa diamalkan, bermula dengan yang paling ringkas.
Arab:
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ. اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلَامَةَ الدِّينِ، وَعَافِيَةَ الْجَسَدِ، وَزِيَادَةَ الْعِلْمِ، وَبَرَكَةَ الرِّزْقِ، وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ، وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ، وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ.
اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِي سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ، وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Rumi: Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Alhamdulillahi Rabbil-‘Alamin. Was-Salatu Was-Salamu ‘Ala Asyrafil-Anbiya-i Wal-Mursalin, Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’in.
Allahumma Inna Nas-aluka Salamatad-Din, Wa ‘Afiyatal-Jasad, Wa Ziyadatal-‘Ilm, Wa Barakatar-Rizq, Wa Taubatan Qablal-Maut, Wa Rahmatan ‘Indal-Maut, Wa Maghfiratan Ba’dal-Maut.
Allahumma Hawwin ‘Alaina Fi Sakaratil-Maut, Wan-Najata Minan-Nar, Wal-‘Afwa ‘Indal-Hisab.
Rabbana Atina Fid-Dunya Hasanataw Wa Fil-Akhirati Hasanataw Wa Qina ‘Azaban-Nar.
Wa Sallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wa Sahbihi Wa Sallam. Walhamdulillahi Rabbil-‘Alamin.
Maksud: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muhammad SAW, dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan agama, kesihatan jasad, bertambahnya ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati, dan keampunan selepas mati.
Ya Allah, ringankanlah ke atas kami sakaratul maut, dan selamatkanlah kami daripada api neraka, dan ampunilah kami ketika dihisab.
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencurahkan selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Sumber: Al-Awrad al-Qusyasyiyyah; https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Arab:
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ. اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. حَمْدًا يُّوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ. يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ. وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ.
وَنَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لَنَا خَيْرًا.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ. وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ. وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Rumi: Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Alhamdulillahi Rabbil-‘Alamin. Hamday-Yuwafi Ni’amahu Wa Yukafi-u Mazidah. Ya Rabbana Lakal-Hamdu Kama Yambaghi Lijalali Wajhika Wa ‘Azimi Sulthanik. Allahumma Salli Wa Sallim ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Ali Sayyidina Muhammad.
Allahumma Inna Nas-aluka Min Khairi Ma Sa-alaka Minhu ‘Abduka Wa Nabiyyuka Sayyiduna Muhammadun Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Wa Na’uzubika Min Syarri Mas-ta’azaka Minhu ‘Abduka Wa Nabiyyuka Sayyiduna Muhammadun Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Allahumma Inna Nas-alukal-Jannata Wa Ma Qarraba Ilaiha Min Qaulin Au ‘Amal. Wa Na’uzubika Minan-Nari Wa Ma Qarraba Ilaiha Min Qaulin Au ‘Amal.
Wa Nas-aluka An Taj’ala Kulla Qadha-in Qadhaitahu Lana Khaira.
Rabbana Atina Fid-Dunya Hasanataw Wa Fil-Akhirati Hasanataw Wa Qina ‘Azaban-Nar.
Wa Sallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wa Sahbihi Wa Sallam. Subhana Rabbika Rabbil-‘Izzati ‘Amma Yasifun. Wa Salamun ‘Alal-Mursalin. Walhamdulillahi Rabbil-‘Alamin.
Maksud: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Pujian yang memenuhi segala nikmatNya dan menandingi tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian sebagaimana layak bagi kemuliaan zatMu dan keagungan kekuasaanMu. Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu daripada segala kebaikan yang dimohon oleh hambaMu dan nabiMu, penghulu kami Muhammad SAW. Dan kami berlindung denganMu daripada segala kejahatan yang dimohon perlindungan oleh hambaMu dan nabiMu, penghulu kami Muhammad SAW.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya sama ada perkataan atau perbuatan. Dan kami berlindung denganMu daripada api neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya sama ada perkataan atau perbuatan.
Dan kami memohon kepadaMu agar Engkau jadikan setiap qadha yang Engkau tetapkan untuk kami itu sebagai kebaikan.
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencurahkan selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga serta sahabat baginda. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai kemuliaan, daripada apa yang mereka sifatkan. Dan salam ke atas para rasul. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Sumber: Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah; https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Arab:
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ. اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلَامَةَ الدِّينِ وَعَافِيَةَ الْجَسَدِ وَزِيَادَةَ الْعِلْمِ وَبَرَكَةَ الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِي سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ.
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ.
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيعٌ قَرِيبٌ مُجِيبُ الدَّعَوَاتِ.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ. وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ. وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Rumi: Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Alhamdulillahi Rabbil-‘Alamin. Was-Salatu Was-Salamu ‘Ala Asyrafil-Anbiya-i Wal-Mursalin, Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’in.
Allahumma Inna Nas-aluka Salamatad-Din, Wa ‘Afiyatal-Jasad, Wa Ziyadatal-‘Ilm, Wa Barakatar-Rizq, Wa Taubatan Qablal-Maut, Wa Rahmatan ‘Indal-Maut, Wa Maghfiratan Ba’dal-Maut. Allahumma Hawwin ‘Alaina Fi Sakaratil-Maut, Wan-Najata Minan-Nar, Wal-‘Afwa ‘Indal-Hisab.
Rabbana La Tuzigh Qulubana Ba’da Iz Hadaitana Wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhab.
Rabbanagh-Fir Lana Zunubana Wa Israfana Fi Amrina Wa Thabbit Aqdamana Wansurna ‘Alal-Qaumil-Kafirin.
Allahummaghfir Lil-Muslimina Wal-Muslimat, Wal-Mu’minina Wal-Mu’minat, Al-Ahya-i Minhum Wal-Amwat, Innaka Sami’un Qaribum Mujibud-Da’awat.
Rabbana Atina Fid-Dunya Hasanataw Wa Fil-Akhirati Hasanataw Wa Qina ‘Azaban-Nar.
Wa Sallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wa Sahbihi Wa Sallam. Subhana Rabbika Rabbil-‘Izzati ‘Amma Yasifun. Wa Salamun ‘Alal-Mursalin. Walhamdulillahi Rabbil-‘Alamin.
Maksud: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Nabi Muhammad SAW, dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan agama, kesihatan jasad, bertambahnya ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati, dan keampunan selepas mati. Ya Allah, ringankanlah ke atas kami sakaratul maut, selamatkanlah kami daripada api neraka, dan ampunilah kami ketika dihisab.
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Pemberi.
Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampaui batas dalam urusan kami, dan teguhkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
Ya Allah, ampunkanlah orang-orang Islam lelaki dan perempuan, dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, yang hidup dan yang telah mati. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Dekat, lagi Memperkenankan segala doa.
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencurahkan selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, dan ke atas keluarga serta sahabat baginda. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai kemuliaan, daripada apa yang mereka sifatkan. Salam ke atas para rasul. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Sumber: Al-Quran (Ali ‘Imran 3:8, 3:147, Al-Baqarah 2:201); https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Berikut adalah doa-doa tambahan yang boleh dibaca selepas solat fardhu. Doa-doa ini boleh dibaca mengikut keperluan dan tidak terikat dengan susunan tertentu. Sebahagiannya khusus untuk waktu solat tertentu.
Arab:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Rumi: Rabbighfir Li Wa Liwalidayya Wa Lil-Mu’minina Yauma Yaqumul-Hisab
Maksud: Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta dosa orang-orang yang beriman, pada hari berlangsungnya hisab.
Sumber: Al-Quran, Surah Ibrahim (14:41)
Arab:
رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Rumi: Rabbirhamhuma Kama Rabbayanai Saghira
Maksud: Wahai Tuhanku, rahmatilah mereka berdua (ibu bapaku) sebagaimana mereka telah mendidikku semasa kecil.
Sumber: Al-Quran, Surah Al-Isra’ (17:24)
Arab:
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Rumi: Rabbana La Tuzigh Qulubana Ba’da Iz Hadaitana Wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhab
Maksud: Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Pemberi.
Sumber: Al-Quran, Surah Ali ‘Imran (3:8)
Arab:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rumi: Rabbana Atina Fid-Dunya Hasanataw Wa Fil-Akhirati Hasanataw Wa Qina ‘Azaban-Nar
Maksud: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Sumber: Al-Quran, Surah Al-Baqarah (2:201)
Arab:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ، ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ
Rumi: Ya Muqallibal-Qulub, Tsabbit Qulubana ‘Ala Dinik
Maksud: Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas agamaMu.
Sumber: Riwayat Ibn Sunni, daripada Ummu Salamah RA; https://akuislam.com/panduan/wirid-doa-ringkas-selepas-solat/
Arab:
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ
Rumi: Ya Hayyu Ya Qayyum, Bi Rahmatika Astaghith. Aslih Li Sya’ni Kullahu, Wa La Takilni Ila Nafsi Tarfata ‘Ain.
Maksud: Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perbaikilah segala urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.
Sumber: Riwayat al-Hakim; https://akuislam.com/panduan/wirid-doa-ringkas-selepas-solat/
Arab:
لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Bilangan: 10x (selepas Solat Maghrib sahaja)
Rumi: La Ilaha Illallahu Wahdahu La Syarika Lahu, Lahul-Mulku Wa Lahul-Hamdu, Yuhyi Wa Yumitu Wa Huwa ‘Ala Kulli Syai-in Qadir
Maksud: Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya. BagiNya seluruh kekuasaan dan segala kepujian. Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang amat berkuasa atas segala sesuatu.
Kelebihan: Sesiapa yang membacanya 10 kali selepas Maghrib, akan dijaga malaikat sehingga subuh, dicatat 10 pahala, dihapus 10 dosa, dan ganjarannya setaraf memerdekakan 10 hamba.
Sumber: Riwayat al-Tirmizi, daripada ‘Amarah bin Syabib; https://akuislam.com/panduan/wirid-doa-ringkas-selepas-solat/
Arab:
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Rumi: Rabbanagh-Fir Lana Zunubana Wa Israfana Fi Amrina Wa Thabbit Aqdamana Wansurna ‘Alal-Qaumil-Kafirin
Maksud: Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampaui batas dalam urusan kami, dan teguhkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
Sumber: Al-Quran, Surah Ali ‘Imran (3:147)
Arab:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيعٌ قَرِيبٌ مُجِيبُ الدَّعَوَاتِ
Rumi: Allahummaghfir Lil-Muslimina Wal-Muslimat, Wal-Mu’minina Wal-Mu’minat, Al-Ahya-i Minhum Wal-Amwat, Innaka Sami’un Qaribum Mujibud-Da’awat
Maksud: Ya Allah, ampunkanlah orang-orang Islam lelaki dan perempuan, dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, yang hidup dan yang telah mati. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Dekat, lagi Memperkenankan segala doa.
Sumber: Riwayat al-Tabarani; https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/
Tandakan (✓) setiap kali anda membaca. Setelah lancar, tandakan ruangan hafal.
| # | Bacaan | Baca | Hafal | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | ✓ | ||
| 1 | Istighfar | ||||||||
| 2 | Zikir Pembuka | ||||||||
| 3 | Al-Fatihah | ||||||||
| 4 | Ayat Kursi | ||||||||
| 5 | Ayat-Ayat Al-Quran Pilihan | ||||||||
| 6 | Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas | ||||||||
| 7 | Tasbih, Tahmid dan Takbir | ||||||||
| 8 | Kalimah Penutup Wirid | ||||||||
| 9 | Doa Selepas Solat | ||||||||
| 10 | Doa-Doa Tambahan | ||||||||
Buku ini menghimpunkan bacaan wirid dan doa selepas solat fardhu mengikut amalan al-Awrad al-Qusyasyiyyah yang masyhur diamalkan di seluruh Nusantara. Disusun dengan teks Arab, transliterasi rumi, dan terjemahan Bahasa Melayu untuk kemudahan pembaca.