Font Besar Edition
Font Besar Edition
Edisi Pratonton
Buku ini menghimpunkan Surah Yasin, bacaan tahlil, dan doa arwah dalam format tulisan besar bagi memudahkan pembacaan, terutamanya untuk golongan warga emas.
Susunan bacaan dalam buku ini mengikut format tahlil yang lazim diamalkan di masjid-masjid dan surau seluruh Malaysia, berpandukan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah, mazhab Syafi’i.
Semoga buku ini memudahkan umat Islam menunaikan amalan tahlil dan mendoakan arwah dengan lebih khusyuk dan teratur.
Selepas selesai membaca Surah Yasin, majlis tahlil diteruskan dengan bacaan ayat-ayat pilihan daripada al-Quran. Susunan ini mengikut amalan tahlil yang lazim diamalkan di masjid dan surau seluruh Malaysia.
Bilangan: 3 kali
Arab: بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ
Rumi: Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Qul Huwallahu Ahad. Allahus-Samad. Lam yalid wa lam yulad. Wa lam yakul-lahu kufuwan ahad.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat bergantung. Dia tidak beranak, dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya.”
Sumber: https://quran.com/112
Arab: بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلْعُقَدِ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Rumi: Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Qul a’uzu bi Rabbil-falaq. Min syarri ma khalaq. Wa min syarri ghasiqin iza waqab. Wa min syarrin-naffasati fil-‘uqad. Wa min syarri hasidin iza hasad.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah: “Aku berlindung dengan Tuhan yang menciptakan waktu subuh. Dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan. Dan dari kejahatan malam apabila gelap gelita. Dan dari kejahatan ahli sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia mendengki.”
Sumber: https://quran.com/113
Arab: بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ مَلِكِ ٱلنَّاسِ إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
Rumi: Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Qul a’uzu bi Rabbin-nas. Malikin-nas. Ilahin-nas. Min syarril-waswasil-khannas. Allazi yuwaswisu fi sudurin-nas. Minal-jinnati wan-nas.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah: “Aku berlindung dengan Tuhan manusia. Raja manusia. Tuhan manusia. Dari kejahatan bisikan syaitan yang tersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari kalangan jin dan manusia.”
Sumber: https://quran.com/114
Bilangan: 1 kali
Rujuk bacaan Surah Al-Fatihah di bab 2 buku ini.
Arab: بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Sumber: https://quran.com/1
Arab: الٓمٓ ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ يُنفِقُونَ وَٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِٱلْـَٔاخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ أُولَـٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Rumi: Alif Lam Mim. Zalikal-kitabu la raiba fih, hudal-lil-muttaqin. Allazina yu’minuna bil-ghaibi wa yuqimunas-salata wa mimma razaqnahum yunfiqun. Wallazina yu’minuna bima unzila ilaika wa ma unzila min qablik, wa bil-akhirati hum yuqinun. Ula’ika ‘ala hudam-mir-Rabbihim wa ula’ika humul-muflihun.
Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan solat, serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan Kitab-Kitab yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya hari akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Sumber: https://quran.com/2/1-5
Arab: ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ
Rumi: Allahu la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum. La ta’khuzuhu sinatuw-wa la naum. Lahu ma fis-samawati wa ma fil-ard. Man zallazi yasyfa’u ‘indahu illa bi-iznih. Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum. Wa la yuhituna bi syai’im-min ‘ilmihi illa bima sya’. Wasi’a kursiyyuhus-samawati wal-ard. Wa la ya’uduhu hifzuhuma wa Huwal-‘Aliyyul-‘Azim.
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup kekal, lagi terus-menerus mentadbirkan makhluk-Nya. Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada-Nya menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Sumber: https://quran.com/2/255
Arab: لِّلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ وَإِن تُبْدُوا مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ ٱللَّهُ ۖ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Rumi: Lillahi ma fis-samawati wa ma fil-ard. Wa in tubdu ma fi anfusikum au tukhfuhu yuhasibkum bihillah. Fa yaghfiru limay-yasya’u wa yu’azzibu may-yasya’. Wallahu ‘ala kulli syai’in qadir.
Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menghisabkan kamu mengenainya. Maka Dia mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan menyiksa sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Arab: ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِۦ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ
Rumi: Amanar-Rasulu bima unzila ilaihi mir-Rabbihi wal-mu’minun. Kullun amana billahi wa mala’ikatihi wa kutubihi wa rusulihi, la nufarriqu baina ahadim-mir-rusulih. Wa qalu sami’na wa ata’na, ghufranaka Rabbana wa ilaikal-masir.
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain rasul-rasul-Nya.” Mereka berkata pula: “Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu lah tempat kembali.”
Arab: لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ
Rumi: La yukallifullahu nafsan illa wus’aha. Laha ma kasabat wa ‘alaiha maktasabat. Rabbana la tu’akhizna in nasina au akhta’na. Rabbana wa la tahmil ‘alaina isran kama hamaltahu ‘alal-lazina min qablina. Rabbana wa la tuhammilna ma la taqata lana bih. Wa’fu ‘anna waghfir lana warhamna. Anta Maulana fansurna ‘alal-qaumil-kafirin.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, serta ampunkanlah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
Sumber: https://quran.com/2/284-286
Arab: إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Rumi: Innallaha wa mala’ikatahu yusalluna ‘alan-Nabiyy. Ya ayyuhal-lazina amanu sallu ‘alaihi wa sallimu taslima.
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
Sumber: https://quran.com/33/56
Bahagian ini merupakan zikir-zikir utama yang dibaca dalam majlis tahlil. Ia merangkumi tasbih, tahmid, takbir, tahlil, selawat, dan istighfar yang menjadi amalan tetap umat Islam di Malaysia selepas bacaan ayat-ayat al-Quran.
Bilangan: 33 kali
Arab: سُبْحَانَ ٱللَّهِ
Rumi: Subhanallah
Maha Suci Allah.
Sumber: https://muftiwp.gov.my
Bilangan: 33 kali
Arab: اَلْحَمْدُ لِلَّهِ
Rumi: Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah.
Sumber: https://muftiwp.gov.my
Bilangan: 33 kali
Arab: اَللَّهُ أَكْبَرُ
Rumi: Allahu Akbar
Allah Maha Besar.
Sumber: https://muftiwp.gov.my
Bilangan: Sekurang-kurangnya 100 kali
Arab: لَا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ
Rumi: La ilaha illallah
Tiada tuhan melainkan Allah.
Sumber: https://muftiwp.gov.my
Bilangan: Sekurang-kurangnya 1 kali
Arab: اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اَللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Rumi: Allahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, kama sallaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim, innaka Hamidum-Majid. Allahumma barik ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, kama barakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim, innaka Hamidum-Majid.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah selawatkan ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berkatkan ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Sumber: https://muftiwp.gov.my
Bilangan: Sekurang-kurangnya 100 kali
Arab: أَسْتَغْفِرُ ٱللَّهَ ٱلْعَظِيمَ
Rumi: Astaghfirullahal-‘Azim
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung.
Sumber: https://muftiwp.gov.my
Doa tahlil dibaca selepas selesai bacaan tasbih, tahmid, takbir, dan tahlil dalam majlis tahlil. Doa ini dikhususkan untuk mendoakan arwah yang telah meninggal dunia serta memohon kebaikan bagi seluruh umat Islam yang masih hidup.
Arab:
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ. اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. حَمْدًا يُّوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ. يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.
اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ وَأَوْصِلْ ثَوَابَ مَا قَرَأْنَاهُ مِنَ الْقُرْآنِ الْعَظِيمِ، وَمَا هَلَّلْنَا وَمَا سَبَّحْنَا وَمَا اسْتَغْفَرْنَا، وَمَا صَلَّيْنَا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، هَدِيَّةً وَّاصِلَةً وَّرَحْمَةً نَّازِلَةً وَّبَرَكَةً شَامِلَةً
إِلَى حَضْرَةِ حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَقُرَّةِ أَعْيُنِنَا سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِلَى جَمِيعِ إِخْوَانِهِ مِنَ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَآلِ كُلٍّ وَصَحْبِ كُلٍّ أَجْمَعِينَ، وَإِلَى أَرْوَاحِ الْأَوْلِيَاءِ وَالْعُلَمَاءِ الْعَامِلِينَ، وَإِلَى أَرْوَاحِ الشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ.
وَإِلَى أَرْوَاحِ آبَائِنَا وَأُمَّهَاتِنَا وَأَجْدَادِنَا وَجَدَّاتِنَا وَمَشَايِخِنَا وَمَشَايِخِ مَشَايِخِنَا وَمُعَلِّمِينَا وَلِجَمِيعِ أَهْلِ الْقُبُورِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ مِنْ مَشَارِقِ الْأَرْضِ إِلَى مَغَارِبِهَا، بَرِّهَا وَبَحْرِهَا.
خُصُوصًا إِلَى رُوحِ __________.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ.
اَللَّهُمَّ أَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.
اَللَّهُمَّ نَوِّرْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَوَسِّعْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَاجْعَلِ الْقَبْرَ رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ وَلَا تَجْعَلْهُ حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النَّارِ.
اَللَّهُمَّ ثَبِّتْهُ عِنْدَ السُّؤَالِ، وَلَا تُضِلَّهُ عِنْدَ الْجَوَابِ، وَلَقِّنْهُ حُجَّتَهُ، وَاجْعَلْ قَبْرَهُ مُنَوَّرًا بِنُورِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اَللَّهُمَّ أَنْزِلْ عَلَيْهِ الرَّحْمَةَ وَالْمَغْفِرَةَ، وَاجْعَلْهُ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ، وَارْزُقْهُ مِنْ نَعِيمِ الْجَنَّةِ، يَا أَكْرَمَ الْأَكْرَمِينَ.
اَللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيعٌ قَرِيبٌ مُجِيبُ الدَّعَوَاتِ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلَامَةَ الدِّينِ، وَعَافِيَةَ الْجَسَدِ، وَزِيَادَةَ الْعِلْمِ، وَبَرَكَةَ الرِّزْقِ، وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ، وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ، وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ.
اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِي سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ، وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ.
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا.
اَللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ وَلَا تَخْتِمْ لَنَا بِسُوءِ الْخَاتِمَةِ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ. وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ. وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Rumi:
Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Alhamdulillahi Rabbil-‘Alamin. Hamday-Yuwafi Ni’amahu Wa Yukafi-u Mazidah. Ya Rabbana Lakal-Hamdu Kama Yanbaghi Lijalali Wajhika Wa ‘Azimi Sultanik.
Allahumma Salli Wa Sallim ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Ali Sayyidina Muhammad.
Allahumma Taqabbal Wa Awsil Thawaba Ma Qara’nahu Minal-Qur’anil-‘Azim, Wa Ma Hallalna Wa Ma Sabbahna Wa Mas-taghfarna, Wa Ma Sallayna ‘Ala Sayyidina Muhammadin Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Hadiyyataw-Wasilataw-Wa Rahmatan Nazilataw-Wa Barakatan Syamilah.
Ila Hadrati Habibina Wa Syafi’ina Wa Qurrati A’yunina Sayyidina Wa Maulana Muhammadin Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Wa Ila Jami’i Ikhwanihi Minal-Anbiya-i Wal-Mursalin, Wa Ali Kulliw-Wa Sahbi Kulli Ajma’in, Wa Ila Arwahil-Auliya-i Wal-‘Ulama-il-‘Amilin, Wa Ila Arwahisy-Syuhada-i Was-Salihin.
Wa Ila Arwahi Aba-ina Wa Ummahatina Wa Ajdadina Wa Jaddatina Wa Masyayikhina Wa Masyayikhi Masyayikhina Wa Mu’allimina Wa Lijami’i Ahlil-Quburi Minal-Muslimina Wal-Muslimat Wal-Mu’minina Wal-Mu’minat Min Masyariqil-Ardi Ila Magharibih, Barriha Wa Bahriha.
Khususan Ila Ruhi __________.
Allahummaghfir Lahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘Anhu, Wa Akrim Nuzulahu Wa Wassi’ Mudkhalahu, Waghsilhu Bil-Ma-i Wats-Tsalji Wal-Barad, Wa Naqqihi Minal-Khataya Kama Yunaqats-Tsaubul-Abyadhu Minad-Danas.
Allahumma Abdilhu Daran Khairan Min Darih, Wa Ahlan Khairan Min Ahlih, Wa Zaujan Khairan Min Zaujih, Wa Adkhilhul-Jannata Wa A’izhu Min ‘Azabil-Qabri Wa Min ‘Azabin-Nar.
Allahumma Nawwir Lahu Fi Qabrih, Wa Wassi’ Lahu Fi Qabrih, Wafsah Lahu Fi Qabrih, Waj’alil-Qabra Raudatan Min Riyadil-Jannati Wa La Taj’alhu Hufratan Min Hufarin-Nar.
Allahumma Tsabbithu ‘Indas-Su-al, Wa La Tudillahu ‘Indal-Jawab, Wa Laqqinhu Hujjatah, Waj’al Qabrahu Munawwaran Binurika Ya Arhamar-Rahimin.
Allahumma Anzil ‘Alaihir-Rahmata Wal-Maghfirah, Waj’alhu Min As-habil-Yamin, Warzuqhu Min Na’imil-Jannah, Ya Akramal-Akramin.
Allahumma La Tahrimna Ajrahu Wa La Taftinna Ba’dahu Waghfir Lana Walah.
Allahummaghfir Lil-Muslimina Wal-Muslimat Wal-Mu’minina Wal-Mu’minat, Al-Ahya-i Minhum Wal-Amwat, Innaka Sami’un Qaribum Mujibud-Da’awat.
Allahumma Inna Nas-aluka Salamatad-Din, Wa ‘Afiyatal-Jasad, Wa Ziyadatal-‘Ilm, Wa Barakatar-Rizq, Wa Taubatan Qablal-Maut, Wa Rahmatan ‘Indal-Maut, Wa Maghfiratan Ba’dal-Maut.
Allahumma Hawwin ‘Alaina Fi Sakaratil-Maut, Wan-Najata Minan-Nar, Wal-‘Afwa ‘Indal-Hisab.
Rabbana La Tuzigh Qulubana Ba’da Iz Hadaitana Wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhab.
Rabbana Zalamna Anfusana Wa Il-Lam Taghfir Lana Wa Tarhamna Lanakunnanna Minal-Khasirin.
Rabbana Hab Lana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrata A’yuniw-Waj’alna Lil-Muttaqina Imama.
Allahummakh-Tim Lana Bihusnil-Khatimah Wa La Takhtim Lana Bisu-il-Khatimah.
Allahumma Inna Na’uzu Bika Min Zawali Ni’matik Wa Tahawwuli ‘Afiyatik Wa Fuja-ati Niqmatik Wa Jami’i Sakhatik.
Rabbana Atina Fid-Dunya Hasanataw Wa Fil-Akhirati Hasanataw Wa Qina ‘Azaban-Nar.
Wa Sallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wa Sahbihi Wa Sallam. Subhana Rabbika Rabbil-‘Izzati ‘Amma Yasifun. Wa Salamun ‘Alal-Mursalin. Walhamdulillahi Rabbil-‘Alamin.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Pujian yang memenuhi segala nikmatNya dan menyamai tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian sebagaimana yang layak bagi kemuliaan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu.
Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Nabi Muhammad.
Ya Allah, terimalah dan sampaikanlah pahala apa yang telah kami baca daripada al-Quran yang agung, dan apa yang kami tahlilkan, dan apa yang kami tasbihkan, dan apa yang kami istighfarkan, dan selawat yang kami bacakan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, sebagai hadiah yang sampai, rahmat yang turun, dan keberkatan yang menyeluruh.
Kepada hadrat kekasih kami dan pemberi syafaat kami dan penyejuk mata kami, penghulu kami dan junjungan kami Nabi Muhammad SAW, dan kepada semua saudara baginda daripada kalangan para nabi dan rasul, dan keluarga serta sahabat mereka sekalian, dan kepada roh-roh para wali dan ulama yang beramal, dan kepada roh-roh para syuhada dan orang-orang soleh.
Dan kepada roh-roh bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, datuk-nenek kami, guru-guru kami, guru kepada guru-guru kami, dan para pendidik kami, serta seluruh ahli kubur daripada orang-orang Islam lelaki dan perempuan, orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, dari timur bumi hingga ke barat, daratnya dan lautnya.
Terutamanya kepada roh __________.
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, dan maafkanlah dia. Muliakanlah tempatnya, luaskanlah kuburnya, dan mandikanlah dia dengan air, salji, dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana dibersihkan kain putih daripada kekotoran.
Ya Allah, gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumahnya, dan ahli keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.
Ya Allah, terangilah kuburnya, luaskanlah kuburnya, dan lapangkanlah kuburnya. Jadikanlah kuburnya taman daripada taman-taman syurga, dan janganlah Engkau jadikan ia lubang daripada lubang-lubang neraka.
Ya Allah, teguhkanlah dia ketika soal jawab, janganlah Engkau sesatkan dia ketika menjawab, dan ajarkanlah dia hujahnya, dan jadikanlah kuburnya bercahaya dengan cahayaMu, wahai Yang Maha Pengasih daripada segala yang pengasih.
Ya Allah, turunkanlah ke atasnya rahmat dan keampunan, dan jadikanlah dia daripada golongan ahli kanan, dan kurniakanlah kepadanya nikmat syurga, wahai Yang Maha Pemurah daripada segala yang pemurah.
Ya Allah, janganlah Engkau haramkan kami daripada mendapat pahalanya, dan janganlah Engkau fitnahkan kami selepasnya, dan ampunilah kami dan dia.
Ya Allah, ampunkanlah orang-orang Islam lelaki dan perempuan, dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, yang hidup dan yang telah mati. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Dekat, lagi Memperkenankan segala doa.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan agama, kesihatan jasad, bertambahnya ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati, dan keampunan selepas mati.
Ya Allah, ringankanlah ke atas kami sakaratul maut, selamatkanlah kami daripada api neraka, dan ampunilah kami ketika dihisab.
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Pemberi.
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami serta mengasihani kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami, daripada pasangan-pasangan kami dan keturunan kami, penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah, dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan su-ul khatimah.
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada hilangnya nikmatMu, daripada berubahnya kesejahteraanMu, daripada datangnya azabMu secara tiba-tiba, dan daripada segala kemurkaanMu.
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencurahkan selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, dan ke atas keluarga serta sahabat baginda. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai kemuliaan, daripada apa yang mereka sifatkan. Salam ke atas para rasul. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Sumber: Sahih Muslim (hadis no. 963 — doa jenazah); al-Quran (Ali ‘Imran 3:8, al-A’raf 7:23, al-Furqan 25:74, al-Baqarah 2:201, as-Saffat 37:180-182); Kompilasi Tahlil dan Doa Arwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); https://muftiwp.gov.my
Nota: Ruangan __________ diisi dengan nama arwah yang didoakan. Jika mendoakan arwah perempuan, gantikan lafaz “lahu” (لَهُ) dengan “laha” (لَهَا), dan sesuaikan gantian kata nama yang berkaitan.
Yasin & Tahlil — Font Besar Edition